{"id":14495,"date":"2009-04-11T03:12:13","date_gmt":"2009-04-11T03:12:13","guid":{"rendered":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/2009\/04\/11\/mykad-ganti-wang-tunai\/"},"modified":"2009-04-11T03:12:13","modified_gmt":"2009-04-11T03:12:13","slug":"mykad-ganti-wang-tunai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/2009\/04\/mykad-ganti-wang-tunai\/","title":{"rendered":"MyKad ganti wang tunai"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 10 April &#8211; Program bantuan kepada keluarga berpendapatan bawah RM1,000, MyKasih akan menggunakan MyKad sebagai pengganti wang tunai untuk penyaluran bantuan.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali berkata, penambahan aplikasi MyKad untuk penambahbaikan taraf hidup akan digunakan sepenuhnya untuk memastikan kebajikan masyarakat terbela.<\/p>\n<p>&#8221;Kita sedia maklum setiap individu mempunyai MyKad. Program MyKasih menggunakan sepenuhnya aplikasi di dalam MyKad dalam penyaluran bantuan kepada keluarga susah yang memerlukan sumbangan.<\/p>\n<p>&#8221;Mereka hanya perlu menunjukkan MyKad serta memberikan nombor pin di mana-mana premis seperti kedai runcit yang mengambil bahagian selepas mengambil barangan runcit yang diperlukan sebagai bayaran,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas melancarkan program MyKasih di sini hari ini.<\/p>\n<p>Pada majlis itu, sebanyak 25 keluarga yang menjadi perintis program itu turut hadir dan menerima bantuan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit.<\/p>\n<p>Turut hadir Pengerusi Dialog Group Bhd., Ngau Boon Keat dan Pengarah Projek MyKad, Jabatan Pendaftaran Negara, Siti Rohani Muhamad Yusup.<\/p>\n<p>Program MyKasih merupakan projek anjuran beberapa NGO sekitar Selangor untuk membeli barangan keperluan rumah.<\/p>\n<p>Keluarga yang terpilih akan diberikan nombor pin dan perlu menyerahkan MyKad mereka di premis berdaftar untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM80 sebulan.<\/p>\n<p>Sebagai perintis, 25 keluarga di sekitar Selayang telah terpilih dan 40 lagi keluarga akan dipilih dalam masa terdekat untuk program itu.<\/p>\n<p>Tambah Badlisham, sehingga kini, lebih 300 aplikasi berbeza telah diwujudkan di dalam MyKad oleh pelbagai NGO untuk pelbagai tujuan yang memudahkan kehidupan seharian.<\/p>\n<p>Selain itu katanya, tujuh lagi aplikasi utama kerajaan termasuk lesen memandu dan pasport telah digunapakai di dalam MyKad sejak ia diperkenalkan 10 tahun dahulu.<\/p>\n<p>&#8221;Lebih 300 aplikasi telah dimasukkan di dalam MyKad dan ia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Kita mahu MyKad digunakan sepenuhnya untuk kemudahan rakyat.<\/p>\n<p>&#8221;Kita mengutamakan rakyat dan mahu mereka berasa mudah apabila berurusan dengan kerajaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sumber:\u00a0<a href=\"http:\/\/ww1.utusan.com.my\/utusan\/info.asp?y=2009&amp;dt=0411&amp;pub=Utusan_Malaysia&amp;sec=Dalam_Negeri&amp;pg=dn_07.htm#ixzz4zb9AqBbQ\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Utusan Online<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 10 April &#8211; Program bantuan kepada keluarga berpendapatan bawah RM1,000, MyKasih akan menggunakan MyKad sebagai pengganti wang tunai<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":14342,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[98],"tags":[],"class_list":["post-14495","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news-coverage"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14495","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14495"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14495\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14495"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14495"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editorv3.mykasih.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14495"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}