Our Programmes

PRIHATIN Kasih

SUPPORTING THE RAKYAT WITH CASHLESS FOOD AID

In March 2021, Prime Minister YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin announced the PEMERKASA stimulus package to assist those most affected by the COVID-19 pandemic. PEMERKASA – or the People and Economic Strategic Empowerment Programme – includes various provisions for the urban poor and vulnerable groups under the Bantuan Rentan Bandar (Aid for Urban Vulnerable Group) initiative.

One of the efforts include the PRIHATIN Kasih initiative which provides an allocation of RM100 million in cashless food aid to 300,000 urban poor households nationwide.

MyKasih Foundation is honoured to be appointed by Yayasan Hasanah to implement the Government’s PRIHATIN Kasih initiative, running on the unique technology of the MyKad to distribute aid in a targeted, efficient and secure manner.

Starting 1st July 2021, PRIHATIN Kasih beneficiaries will receive RM100 a month for a period of three months, credited directly into their MyKad account, which can then be used to purchase essential food items at the nearest participating retail outlet within their neighbourhood.

Due to the cashless nature of our welfare distribution, MyKasih is able to activate and execute the programme remotely. Beneficiary briefings and retailer trainings are done over the phone, with a hotline made available to attend to queries or issues. Balance funds are carried forward to the following month and can be utilised together with the next disbursement. Recipients are able to manage their spending and utilise the funds until the end of the year.

This initiative is timely and much needed to reduce the cost of living borne by those severely affected by the Movement Control Order (MCO).

FAQ can be found here.

The mechanics of the cashless food aid programme are outlined here.


PRIHATIN Kasih

MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT DENGAN BANTUAN MAKANAN TANPA TUNAI

Pada bulan Mac 2021, Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA untuk membantu rakyat yang paling terjejas disebabkan wabak COVID-19. PEMERKASA – atau Program Pemberdayaan Strategik Rakyat dan Ekonomi – merangkumi pelbagai peruntukan untuk golongan miskin tegar dan miskin bandar di bawah inisiatif Bantuan Rentan Bandar.

Salah satu usaha tersebut adalah inisiatif PRIHATIN Kasih yang menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka. Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya. Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.

Inisiatif ini dilaksanakan tepat pada masanya dan sangat diperlukan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Soalan lazim boleh dibaca di sini.

Pelaksanaan bantuan makanan tanpa tunai MyKasih dijelaskan di sini.