
BUDI95 Pastikan Penyasaran Subsidi RON95 Manfaat Rakyat
Isnin, 22 September 2025 – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, hari ini mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025, Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat.
Berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter mulai 30 September 2025. Bagi golongan yang tidak layak, seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
“Semua warganegara, tanpa mengira tahap pendapatan, yang mempunyai lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik. Inilah keistimewaan hanya untuk rakyat Malaysia,” kata YAB Dato’ Seri Anwar.
“Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Namun, tumpuan Kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan prasarana asas,” tambah beliau.
Semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
Kerajaan telah mengambil langkah untuk memudahcarakan proses untuk rakyat memanfaatkan harga bersubsidi RON95, antaranya:
- Pertama, tiada pendaftaran diperlukan;
- Kedua, hanya satu langkah tambahan, iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi; dan
- Ketiga, terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan. Di samping itu, terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.
Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat untuk memastikan kelancaran sistem tanpa lonjakan penggunaan yang mendadak:
- Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
Kerajaan MADANI menasihati rakyat agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95. Walau bagaimanapun, rakyat tidak perlu tergesa-gesa memperbaharui MyKad sekiranya mereka berjaya menebus bantuan SARA atau Penghargaan SARA, kerana itu membuktikan cip MyKad berfungsi.
Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung BUDI95 dari semasa ke semasa. Orang ramai disaran untuk merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
Announced by the Prime Minister and Finance Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim on 22nd September 2025, Malaysia will implement a targeted fuel subsidy system for RON95 petrol called BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Eligible Malaysian citizens with active driving licenses will automatically benefit from a subsidized price of RM1.99 per liter, compared to the current RM2.05. Non-citizens and those not eligible will pay an unsubsidized rate estimated at RM2.60 per liter. The government aims to redistribute savings from this initiative into public welfare programs like Sumbangan Tunai Rahmah (STR) and Sumbangan Asas Rahmah (SARA), while continuing to prioritize improvements in healthcare, education, and infrastructure.
To ensure smooth implementation, the BUDI95 program will roll out in phases:
From 27 September | military and police personnel |
From 28 September | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) recipients |
From 30 September | the general public |
Citizens are entitled to a monthly subsidy cap of 300 liters, with e-hailing drivers allowed to apply for additional quotas. No registration is needed—only MyKad verification at petrol stations or via digital platforms like TNG, Setel, and CaltexGo. The government advises citizens to ensure their MyKad chip and driving license are valid, and further details will be provided by the Ministry of Finance through official channels.
Apakah peranan MyKasih dalam program ini?
MyKasih telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai salah satu pembekal perkhidmatan BUDI95 untuk menyediakan mekanisme yang memudahkan semakan kriteria kelayakan di pangkalan data Kerajaan Malaysia, menggunakan Terminal Pengambilan Data Eletronik (EDC) dan MyKad di juruwang/kedai stesen minyak. Mekanisme ini tidak mengendalikan atau memproses sebarang pembayaran.
What is MyKasih’s role in this programme?
MyKasih has been appointed by the Government of Malaysia as one of the service providers under BUDI95 to provide the mechanism that facilitates checking of eligibility criteria at the central database of the Government of Malaysia, using the on-site Electronic Data Capture (EDC) Terminalsand MyKad at the cashier/convenience store of participating petrol station. This mechanism does not handle or process payments.
Official BUDI MADANI Website:
http://www.budimadani.gov.my/