Selamat Datang ke MyKasih Setiap langkah diambil dengan kemanusiaan dihati MyKasih bermula dengan 25 keluarga dan satu iltizam: bahawa keprihatinan, kepercayaan dan pilihan mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan. Bidang Impak Mengekalkan Kehidupan, Menyemai Impian Dari keperluan harian ke dermasiswa, bantuan hanyalah langkah permulaan ke arah kelangsungan hidup keluarga, kecemerlangan anak-anak di sekolah dan pemerkasaan komuniti yang teguh. Baca Lagi Inisiatif Diterajui Kerajaan SARA: Bantuan bersasar untuk isi rumah di seluruh negara Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diterajui oleh kerajaan meringankan rakyat dengan memudahkan akses kepada keperluan harian menerusi elaun bulanan yang disalurkan terus ke MyKad penerima. Baca Lagi

Semak status kelayakan penerima dan maklumat lanjut tentang SARA.

Cara Sistem Berfungsi

Bantuan Berinovasi,
Impak Berganda

Model agihan MyKasih menggunakan perisian proprietari yang dibangunkan oleh DIV Services, sebuah syarikat sekutu DIALOG Group Berhad.

Bidang Impak

Tiga Teras Utama Kami

Dipacu oleh tiga teras utama, kami menyalurkan bantuan yang memperkasakan keluarga, memperkukuhkan sumber pendapatan dan membuka peluang untuk pembelajaran serta perkembangan diri.

Pendidikan

Kami membantu pelajar yang kurang kemampuan dan komuniti Orang Asli melalui dermasiswa dan alat sokongan yang memupuk pembelajaran, membina keyakinan serta membuka peluang untuk masa depan yang lebih cerah.

Komuniti

Dari keperluan harian ke bantuan pasca-bencana, kami berusaha untuk memperkukuh komuniti terjejas melalui bantuan yang memulihkan kestabilan dan membina ketahanan.

Inisiatif Diterajui Kerajaan

Kami memberi sokongan kepada inisiatif yang diterajui oleh kerajaan untuk membantu menyalurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Pencapaian Kami

Mengangkat Martabat Komuniti Seluruh Negara

Dengan hanya 25 keluarga sebagai permulaan, kini program MyKasih telah berkembang menjadi gerakan nasional yang berteraskan keprihatinan.

Sejak pelaksanaan inisiatif perintis Love My Neighbourhood pada tahun 2009, Yayasan MyKasih, sebuah organisasi berdaftar yang dikecualikan cukai, telah menyalurkan sebanyak RM10.4 bilion kepada lebih 23 juta keluarga dan pelajar di seluruh Malaysia.

Baca Lagi

RM10.4 bil+

Bantuan Disalurkan

23 juta+

Keluarga & Pelajar yang Dibantu

50 +

Kolaborasi Bersama Penderma

11,000 +

Kedai Runcit

*Setakat Februari 2026

Kisah Impak

Apa Mereka Katakan

Bersama-sama kita bangkit untuk membantu mereka yang memerlukan di persekitaran kita