
Kami tubuhkan MyKasih dengan niat untuk memberi bantuan secara telus dan ikhlas, agar keluarga penerima boleh mendapat barang keperluan pada bila-bila masa ”
Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat dan isteri beliau Puan Sri Jean Ngau
PENGASAS BERSAMA
Cara Sistem Berfungsi
Bantuan Berinovasi,
Impak Berganda
Model agihan MyKasih menggunakan perisian proprietari yang dibangunkan oleh DIV Services, sebuah syarikat sekutu DIALOG Group Berhad.

Bidang Impak
Tiga Teras Utama Kami
Dipacu oleh tiga teras utama, kami menyalurkan bantuan yang memperkasakan keluarga, memperkukuhkan sumber pendapatan dan membuka peluang untuk pembelajaran serta perkembangan diri.
Pencapaian Kami
Mengangkat Martabat Komuniti Seluruh Negara
Dengan hanya 25 keluarga sebagai permulaan, kini program MyKasih telah berkembang menjadi gerakan nasional yang berteraskan keprihatinan.
Sejak pelaksanaan inisiatif perintis Love My Neighbourhood pada tahun 2009, Yayasan MyKasih, sebuah organisasi berdaftar yang dikecualikan cukai, telah menyalurkan sebanyak RM10.4 bilion kepada lebih 23 juta keluarga dan pelajar di seluruh Malaysia.
RM10.4 bil+
Bantuan Disalurkan
23 juta+
Keluarga & Pelajar yang Dibantu
50 +
Kolaborasi Bersama Penderma
11,000 +
Kedai Runcit
*Setakat Februari 2026
Kisah Impak
Apa Mereka Katakan








