
Dalam usaha meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan telah memperkenalkan sistem subsidi bersasar petrol RON95 bernama BUDI MADANI RON 95 (BUDI95) untuk warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif akan layak secara automatik untuk menikmati harga subsidi RM1.99 seliter berbandingkan dengan harga semasa RM2.05. Untuk golongan yang tidak layak dan golongan bukan warganegara, mereka akan bayar harga yang ditetapkan tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
Kerajaan bertujuan untuk mengagihkan semula penjimatan daripada inisiatif ini ke dalam program kebajikan awam seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sambil terus mengutamakan penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.
Untuk memastikan pelaksaan yang lancar, program BUDI95 telah dijalankan secara berperingkat:
| Pada 27 September | Dibuka kepada anggota tentera dan polis |
| Pada 28 September | Dibuka kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
| Pada 30 September | Dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif |
Rakyat Malaysia yang layak akan menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, dan pemandu e-hailing boleh memohon kelayakan tambahan quota. Tiada pendaftaran diperlukan – hanya pengesahan dengan MyKad di kesai stesen minyak atau platform digital seperti TNG, Setel dan CaltexGo. Kerajaan menasihati rakyat agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah.
Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi BUDI MADANI:
www.budimadani.gov.my
Apakah peranan MyKasih dalam program ini?
MyKasih telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai salah satu pembekal perkhidmatan BUDI95 untuk menyediakan mekanisme yang memudahkan semakan kriteria kelayakan di pangkalan data Kerajaan Malaysia, menggunakan Terminal Pengambilan Data Eletronik (EDC) dan MyKad di juruwang/kedai stesen minyak. Mekanisme ini tidak mengendalikan atau memproses sebarang pembayaran.




