
Pandemik COVID-19 telah menyukarkan ramai untuk mendapatkan bekalan makanan. Keadaan itu dirumitkan lagi oleh kehilangan pekerjaan secara meluas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Situasi ini menjadi semakin terdesak apabila NGO dan sukarelawan berhadapan dengan pelbagai halangan dalam menyampaikan bantuan disebabkan kawalan pergerakan dan risiko kesihatan.
Melalui pelaksanaan sistem pengagihan bantuan tanpa tunai MyKasih, pasukan organisasi tersebut berupaya mengaktifkan dan menguruskan program ini secara jarak jauh dari kediaman masing-masing. Sepanjang tempoh PKP, seramai 8,000 keluarga telah menerima bantuan bernilai RM1.83 juta menerusi MyKasih.
Kecekapan dan keberkesanan dalam menyalurkan dana penderma kepada penerima yang disasarkan ini berjaya dicapai hasil jaringan luas rakan runcit MyKasih seperti Giant, Mydin, The Store, Tesco, AEON, Econsave, TF Value Mart dan Speedmart99 yang beroperasi di lebih 300 cawangan di seluruh negara.




