Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), objektif program kesedaran kesihatan adalah untuk menyokong kesejahteraan menyeluruh penerima MyKasih.
Aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah kesihatan dan perbincangan kumpulan mengenai topik penting seperti pencegahan dan pengesanan awal penyakit, perancangan keluarga, pemakanan serta gaya hidup sihat.
Peserta juga menerima saringan kesihatan asas bagi memeriksa tekanan darah, indeks jisim badan, paras glukosa dan juga kolesterol.

Pemeriksaan Penglihatan dan Cermin Mata Percuma
Penglihatan yang baik memainkan peranan penting dalam pembelajaran, keyakinan diri dan kehidupan seharian seorang kanak-kanak. Namun bagi ramai kanak-kanak, keperluan ini sering diabaikan.
Bagi menangani isu ini, MyKasih telah bekerjasama dengan Rotary Club of Puchong Centennial, dimana hampir 1,000 pelajar telah menjalani pemeriksaan penglihatan setakat ini, dengan 180 pasang cermin mata berpreskripsi telah diagihkan kepada yang memerlukan.


![]()
Kesedaran Kesihatan Dalam Kalangan Komuniti
Orang Asli Luar Bandar
Terutamanya di kawasan pedalaman di mana akses kepada penjagaan kesihatan agak mencabar, wakil komuniti dilatih untuk mengambil tindakan segera apabila timbul isu kesihatan.
Selain itu, keterjaminan pemakanan memainkan peranan penting dalam membina ketahanan komuniti secara menyeluruh. Melalui sembilan pusat pembelajaran Orang Asli luar bandar yang disokong oleh MyKasih, kanak-kanak dijamin makanan harian yang sihat dan minuman susu yang diperkaya.




