
Bantuan Makanan Love My Neighbourhood
Sebagai program utama MyKasih, inisiatif bantuan makanan ini titik sentuh pertama kami dengan komuniti.
Latihan Kemahiran & Keusahawanan
Selain menyalurkan bantuan untuk memenuhi keperluan segera, MyKasih komited membantu masyarakat untuk berdikari. Dengan kerjasama pelatih bertauliah, kami menawarkan program kemahiran dan keusahawanan yang membekalkan peserta dengan ilmu praktikal untuk mencapai kestabilan kewangan.


Kesedaran Kesihatan
Dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), objektif program kesedaran kesihatan adalah untuk menyokong kesejahteraan menyeluruh penerima MyKasih.
Celik Kewangan
Program celik kewangan merupakan salah satu aspek penting dalam usaha kami untuk memastikan keluarga memanfaatkan sepenuhnya bantuan makanan yang diterima sepanjang tahun.


Bantuan Pasca-Bencana
Apabila banjir, kebakaran atau bencana alam lain melanda, program Bantuan Pasca-Bencana Yayasan MyKasih tampil membantu keluarga membina semula dan mengganti apa yang telah hilang.
Inisiatif Kami Yang Lalu

Bantuan Makanan Tanpa Tunai COVID-19 PKP
Pandemik COVID-19 telah menyukarkan ramai untuk mendapatkan bekalan makanan. Keadaan itu dirumitkan lagi oleh kehilangan pekerjaan secara meluas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Situasi ini menjadi semakin terdesak apabila NGO dan sukarelawan berhadapan dengan pelbagai halangan dalam menyampaikan bantuan disebabkan kawalan pergerakan dan risiko kesihatan.




