
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bagi keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan, keperluan asas boleh menjadi suatu ketidakpastian harian. Melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diterajui kerajaan, sokongan bulanan bersasar diberikan untuk meringankan beban tersebut dan memastikan keperluan asas seperti makanan sentiasa dapat diperolehi.
BUDI MADANI RON95 (BUDI95)
Dalam usaha meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan telah memperkenalkan sistem subsidi bersasar petrol RON95 bernama BUDI MADANI RON 95 (BUDI95) untuk warganegara Malaysia.

Inisiatif Terdahulu

Kasih Johor
Kasih Johor ialah satu program bantuan kerajaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Johor untuk memberi bantuan RM200 kepada isi rumah B40 bagi pembelian barangan keperluan bersempena dengan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor. Objektif utama Kasih Johor adalah untuk meringankan kos sara hidup golongan B40 yang tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.
Baca lebih lanjut mengenainya dalam MyKasih Newsletter Isu 32.




