Sebagai program utama MyKasih, inisiatif bantuan makanan ini titik sentuh pertama kami dengan komuniti.
Apabila menerima sumbangan daripada penderma, kami mulakan kerja dengan mengenal pasti keluarga berpotensi melalui agensi kebajikan kerajaan, NGO dan/atau organisasi berimpak sosial. Kelayakan bergantung pada pendapatan isi rumah, bilangan orang dalam isi rumah, dan pemilikan aset.
Seterusnya, setiap keluarga yang layak akan menamakan seorang ahli yang MyKadnya akan dipautkan kepada sistem MyKasih. Elaun bulanan kemudian dikreditkan ke kad pengenalan tersebut atau kad pintar MyKasih.
Nilai itu boleh digunakan di kedai runcit terpilih untuk membeli barangan keperluan asas daripada senarai yang diluluskan. Senarai ini merangkumi beras, minyak masak, minuman, biskut, telur, tepung, perasa, makanan dalam tin, mi dan roti.
Bagi penerima, kebebasan membuat pemilihan and pembelian barangan dapat memberi ruang kendiri dan fleksibiliti dalam kehidupan seharian. Ia mengurangkan stigma yang sering dikaitkan dengan penerimaan bantuan, di samping membantu keluarga menguruskan keperluan dengan tenang dan bermaruah.
Bagi penderma, setiap ringgit boleh dijejaki. Sistem tanpa tunai kami menjamin ketelusan penuh, dengan rekod audit dan laporan masa nyata yang boleh diakses melalui portal yang selamat. Setiap transaksi pembelian oleh penerima dilindungi dengan pengesahan PIN, dan sistem kod bar unik memastikan hanya barangan yang diluluskan boleh dibeli.





