Komuniti

Bantuan Pasca-Bencana

Apabila banjir, kebakaran atau bencana alam lain melanda, program Bantuan Pasca-Bencana Yayasan MyKasih tampil membantu keluarga membina semula dan mengganti apa yang telah hilang.

Setelah usaha pemulihan dijalankan dan komuniti kembali stabil, setiap isi rumah terpilih akan menerima bantuan tanpa tunai one-off berjumlah RM500, yang disalurkan melalui MyKad. Bantuan ini memberi kebebasan kepada mereka untuk membeli barangan keperluan dari rangkaian kedai rakan kongsi runcit di seluruh Malaysia.

Kategori Barangan Bantuan:

Makanan

Beras, minyak masak, mi, biskut, roti, telur, tepung, makanan dalam tin (seperti sardin), perasa (seperti gula, kicap, sos tomato), minuman (seperti kopi, teh, susu tepung bayi, minuman malt, minuman bijirin, susu pekat manis)

Bukan Makanan

Barangan kegunaan harian & dapur (seperti pinggan, peralatan dapur, pinggan mangkuk), katil & tilam, peralatan elektrik (seperti dapur gas asas, periuk nasi elektrik, kipas meja), produk kebersihan (seperti sabun, pencuci, lampin pakai buang, dan produk kebersihan wanita)

Keperluan Persekolahan

Pakaian seragam sekolah, beg, kasut dan stokin, botol air dan bekas makanan, buku dan alat tulis

Bagi setiap kategori, penerima bantuan mempunyai fleksibiliti untuk memilih daripada pelbagai jenama, membolehkan mereka mengurus bajet dengan lebih baik serta mengutamakan keperluan masing-masing.

Melalui sistem ini, para penyumbang boleh yakin bahawa setiap ringgit yang disumbangkan kepada program Bantuan Pasca-Bencana disalurkan sepenuhnya kepada penerima.

Inisiatif Komuniti Seterusnya

Bantuan Makanan
Love My Neighbourhood

Baca Lagi

Latihan Kemahiran & Keusahawanan

Baca Lagi

Kesedaran Kesihatan

Baca Lagi

Celik Kewangan

Baca Lagi

Bidang Impak Lain

Pendidikan

Kami membantu pelajar yang kurang berkemampuan dengan dermasiswa dan alat sokongan pembelajaran.

Baca Lagi

Inisiatif Diterajui Kerajaan

Kami memberi sokongan kepada inisiatif yang diterajui oleh kerajaan untuk membantu menyalurkan bantuan ke sesiapa yang memerlukan.
Baca Lagi

Pendidikan

Kami membantu pelajar yang kurang berkemampuan dengan dermasiswa dan alat sokongan pembelajaran.

Baca Lagi

Inisiatif Diterajui Kerajaan

Kami memberi sokongan kepada inisiatif yang diterajui oleh kerajaan untuk membantu menyalurkan bantuan ke sesiapa yang memerlukan.
Baca Lagi