Notis Privasi (“Notis Privasi”) ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).
Tujuan utama Notis Privasi ini adalah untuk membantu anda untuk lebih memahami sebab-sebab dan tujuan pemprosesan data peribadi oleh Yayasan MyKasih (“MyKasih” atau “kami”) dan juga komitmen MyKasih untuk memastikan data peribadi anda disimpan dan diproses dengan selamat.
Sila baca Notis Privasi ini dengan teliti.
1. Jenis Data Peribadi
“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, butiran e-mel, butiran bank, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, butiran pekerjaan terdahulu, minat peribadi, alamat e-mel, apa-apa maklumat mengenai anda yang telah anda berikan kepada kami melalui akses anda dan/atau penggunaan anda di laman web kami dan/atau dalam borang permohonan (atau sebarang borang lain yang serupa) dan mungkin termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, agama atau kepercayaan lain yang serupa.
Walau bagaimanapun, sekiranya kami mengumpul data peribadi sensitif anda, sebab dan tujuan untuk berbuat demikian akan dijelaskan kepada anda dan data tersebut tidak akan diproses oleh kami tanpa persetujuan khusus anda melainkan dibenarkan dibawah Akta atau mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai.
2. Sumber Data Peribadi
Selain daripada maklumat yang anda berikan kepada kami secara langsung, kami mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai semakan rujukan, semakan latar belakang atau daripada pihak berkuasa kerajaan dan/atau pembekal pihak ketiga.
3. Pengunaan Data Peribadi Anda
Kami memproses data peribadi anda untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti atau program-program MyKasih, pentadbiran dan/atau pengagihan dana yang didermakan, pengeluaran resit rasmi untuk pengecualian cukai dan/atau untuk tujuan kontrak atau perjanjian yang anda akan buat atau telah buat dengan kami, yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan berikut:-
- Untuk berkomunikasi dengan anda contohnya seperti menjawab pertanyaan anda;
- Untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan atau produk kepada atau daripada anda;
- Untuk memudahkan pemasaran dan/atau promosi aktiviti-aktiviti, program-program, perkhidmatan dan/atau produk MyKasih, pada masa kini atau pada masa hadapan;
- Untuk menjalankan aktiviti pemprofilan, tujuan penilaian dan/atau usaha wajar;
- Pengurusan prestasi;
- Permohonan kepada pihak-pihak berkuasa atau badan-badan yang berkaitan untuk mendapatkan permit atau lesen yang berkaitan;
- Mengemukakan cadangan kepada klien MyKasih dan/atau penderma MyKasih (termasuk bakal klien dan/atau penderma);
- Mengemukakan laporan-laporan berkenaan dengan pelaksanaan atau penyempurnaan aktiviti-aktiviti dan/atau program-program MyKasih;
- Memantau akses tempat kerja, kemudahan dan sistem yang berkaitan;
- Untuk menjalankan penyelidikan, tinjauan pasaran dan analisa trend;
- Penyimpanan rekod dalaman, penyelenggaraan dan pengemaskinian mana-mana pangkalan data maklumat dan tujuan pentadbiran lain, termasuk audit, pemantauan dan pencegahan penipuan;
- Sebarang tujuan lain yang dijalankan oleh MyKasih untuk mengendalikan dan menguruskan aktiviti-aktivitinya seperti pelaksanaan perjanjian, rundingan dan perbincangan komersial;
- Sebab-sebab lain yang diperlukan atau dibenarkan di bawah Akta atau mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai.
(kesemua di atas akan dirujuk secara kolektif sebagai “Tujuan”)
4. Penzahiran Data Peribadi
Data Peribadi anda akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, kami mungkin perlu memberi atau menzahir Data Peribadi anda untuk Tujuan dinyatakan di atas kepada kategori orang-orang berikut (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) dan apabila kami berbuat demikian, kami hanya akan mendedahkan Data Peribadi yang diperlukan sahaja untuk Tujuan tersebut:
- entiti dan/atau organisasi berkaitan MyKasih;
- sesiapa atau mana orang-orang yang MyKasih terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, pihak berkuasa atau agensi penguatkuasaan undang-undang, atau sebagai jawapan kepada mana-mana badan atau agensi kerajaan, negeri, wilayah, kerajaan tempatan, pihak berkuasa berkanun atau perbandaran, pengawal selia industri; dan/atau
- penyedia perkhidmatan (contohnya seperti institusi kewangan, biro dan agensi kredit, juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, syarikat insurans, syarikat acara dan penyedia latihan, syarikat telekomunikasi, pengkomputeran awan atau penyedia perkhidmatan sandaran data dan penasihat-penasihat lain), klien MyKasih dan/atau penderma MyKasih.
5. Keselamatan dan Perlindungan
Kami akan melaksanakan prosedur pentadbiran dan perlindungan keselamatan yang sesuai mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan secara berterusan untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda tanpa kebenaran atau pemprosesan yang menyalahi undang-undang dan kehilangan atau kemusnahan, atau kerosakan Data Peribadi anda secara tidak sengaja
6. Hak Akses dan Pembetulan
Anda berhak untuk memohon akses dan pembetulan kepada Data Peribadi anda. Anda boleh menghubungi kami dengan menulis kepada kami sekiranya anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda yang kami simpan mengenai anda, meminta Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami untuk diperbetulkan, atau menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan atau penggunaan Data Peribadi anda oleh kami. Sebarang permohonan berkaitan di atas boleh dihantar melalui e-mel ke: data_protection_officer@mykasih.com
7. Pertanyaan Lain
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai Data Peribadi yang kami simpan atau cara pengumpulan atau penggunaan maklumat anda tidak terjawab oleh Notis Privasi ini, sila salurkan pertanyaan anda kepada kami di: data_protection_officer@mykasih.com
8. Pemindaan kepada Notis Privasi
Kami berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis. Kami menasihatkan anda supaya menyemak laman web kami: www.mykasih.com.my untuk Notis Privasi ini secara berkala.
Notis Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dan/atau perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.




