Komuniti

Latihan Kemahiran & Keusahawanan

Selain menyalurkan bantuan untuk memenuhi keperluan segera, MyKasih komited membantu masyarakat untuk berdikari. Dengan kerjasama pelatih bertauliah, kami menawarkan program kemahiran dan keusahawanan yang membekalkan peserta dengan ilmu praktikal untuk mencapai kestabilan kewangan.

Salah satu program tersebut ialah latihan menjahit, di mana peserta diajar menghasilkan dan memasarkan aksesori gaya hidup seperti beg jinjing, beg sekolah, beg kecil, dompet dan beg tangan kecil, serta barangan hiasan rumah seperti sarung kusyen, langsir, alas meja dan sarung selimut.

Keusahawanan: Pemecut Perniagaan

Peserta yang telah memulakan perniagaan kecil-kecilan diberikan sokongan tambahan melalui Program Pemecut Perniagaan, yang menyediakan alat serta panduan untuk menjana dan mengembangkan pendapatan mereka secara lebih teratur dan mampan.

Didalam program ini, peserta diajar bagaimana untuk mendaftar perusahaan mereka secara rasmi, membangunkan matriks perniagaan dan memperoleh ilmu perakaunan asas yang merangkumi pemantauan aliran tunai harian, pengkategorian perbelanjaan, penyediaan invois dan penyata untung rugi, percukaian serta penggunaan baucar dan resit.

Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan agensi sokongan seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), TEKUN, Amanah Ikhtiar, MARA, dan YAPEIM bagi meningkatkan pemahaman tentang keperluan pembangunan produk dan perkhidmatan yang menepati piawaian yang ditetapkan oleh peruncit dan pasar raya.

Matlamatnya ialah untuk memperkasa setiap peserta agar mengambil langkah bermakna menuju kebebasan kewangan, sekali gus membina kestabilan pendapatan melangkaui tahap golongan B40.

Program Mata Pencarian Komuniti Orang Asli Luar Bandar

Komuniti Orang Asli sudah sekian lama hidup seiring dengan alam. Dengan itu, program peningkatan mata pencarian yang dibangunkan berasaskan amalan harian mereka seperti pertanian yang lebih bertumpu kepada keterjaminan makanan.

Latihan kemahiran yang ditawarkan oleh MyKasih disesuaikan dengan keperluan dan minat setiap komuniti. Antara latihan tersebut termasuklah pertanian sayur organik, penternakan ayam, penternakan kelulut, penghasilan kompos, pembuatan kraftangan, pendawaian elektrik dan kemahiran penggunaan komputer.

Sehingga kini, program mata pencarian yang dijalankan di lima buah kampung di Gerik (Perak), Raub (Pahang), and Jeli (Kelantan), telah meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan.

Inisiatif Komuniti Seterusnya

Bantuan Makanan
Love My Neighbourhood

Baca Lagi

Kesedaran Kesihatan

Baca Lagi

Celik Kewangan

Baca Lagi

Bantuan Pasca-Bencana

Baca Lagi

Bidang Impak Lain

Pendidikan

Kami membantu pelajar yang kurang berkemampuan dengan dermasiswa dan alat sokongan pembelajaran.

Baca Lagi

Inisiatif Diterajui Kerajaan

Kami memberi sokongan kepada inisiatif yang diterajui oleh kerajaan untuk membantu menyalurkan bantuan ke sesiapa yang memerlukan.
Baca Lagi

Pendidikan

Kami membantu pelajar yang kurang berkemampuan dengan dermasiswa dan alat sokongan pembelajaran.

Baca Lagi

Inisiatif Diterajui Kerajaan

Kami memberi sokongan kepada inisiatif yang diterajui oleh kerajaan untuk membantu menyalurkan bantuan ke sesiapa yang memerlukan.
Baca Lagi