Terma-Terma Akses

Sila luangkan sedikit masa untuk membaca terma-terma dan syarat-syarat berikut dengan teliti.

Terma-terma dan syarat-syarat berikut terpakai ke atas akses dan/atau pengunaan anda terhadap Laman MyKasih.

Definisi

Istilah:
MyKasih” atau “kami” merujuk kepada Yayasan MyKasih (No. Pendaftaran: 200901022658 (865756-D)), yang mempunyai alamat berdaftar di Dialog Tower, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

“Laman” merujuk kepada laman web rasmi MyKasih dan semua saluran rasmi MyKasih yang lain, sama ada melalui aplikasi web dan aplikasi mudah alih.

“anda” merujuk kepada pengguna atau pelawat Laman, termasuk penderma MyKasih.

Terma & Syarat

  • Dengan mengakses Laman ini dan/atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh MyKasih melalui Laman ini, anda bersetuju untuk tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan disini tanpa had atau pengecualian. Penggunaan Laman ini secara berterusan oleh anda (termasuk apa-apa sumbangan derma yang dibuat oleh anda kepada MyKasih melalui Laman ini) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap terma-terma dan syarat-syarat ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini, sila hentikan akses anda di Laman ini dengan segera.
  • Notis Privasi kami (yang boleh diakses di sini) adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat ini, dan notis tersebut menyatakan terma-terma bagaimana kami pemprosesan data peribadi anda, atau data peribadi yang anda berikan kepada kami. Dengan mengakses Laman ini dan/atau menggunakan perkhidmatan yang kami disediakan, anda bersetuju dan membenarkan MyKasih untuk mengumpul, mengguna, mendedah dan memproses data peribadi anda seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi tersebut dan anda memberi jaminan bahawa semua data peribadi yang anda berikan adalah tepat.
  • Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga (“Laman Web Pihak Ketiga”) dan kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas segala kandungan di dalam Laman Web Pihak Ketiga tersebut. Terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini tidak terpakai kepada akses anda ke atas Laman Web Pihak Ketiga tersebut. Anda dinasihatkan untuk menyemak dan membaca terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai bagi Laman Web Pihak Ketiga tersebut secara terus.
  • Akses dan/atau penggunaan Laman ini adalah atas risiko anda sendiri. Maklumat-maklumat di dalam Laman diberikan atas dasar “sedia ada”. MyKasih tidak membuat sebarang jaminan secara nyata atau tersirat dalam apa jua bentuk berkenaan dengan Laman ini, operasinya, kandungannya, maklumat dan/atau bahan-bahan yang terdapat di dalamnya termasuk tetapi tidak terhad kepada kesempurnaan, ketepatan, kesesuaian, kebolehpercayaan, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan/atau ketiadaan pelanggaran hak harta intelektual. Selanjutnya, MyKasih tidak membuat sebarang jaminan bahawa bahan-bahan, maklumat, fungsi dan/atau perkhidmatan yang disediakan di Laman ini adalah sesuai atau tersedia untuk digunakan dalam bidang kuasa lain selain Malaysia.
  • Laman ini dimiliki and dikendalikan oleh MyKasih. Semua tanda dagangan, logo dan cap perkhidmatan (“Tanda”) yang dipaparkan di Laman ini adalah kepunyaan MyKasih atau pemilik pihak ketiga yang berkenaan sepertimana yang dikenalpasti di dalam Laman ini. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Tanda tersebut tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada MyKasih atau pemilik pihak ketiga yang berkenaan.
  • Semua bahan-bahan yang terdapat di Laman ini (termasuk teks, reka bentuk, grafik, ikon, dan imej serta pemilihan, pemasangan dan susunannya) adalah kepunyaan MyKasih, melainkan dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dari Laman ini boleh ditiru, dihasilkan semula, diubahsuai, diterbitkan, dimuat naik, disiarkan, dihantar, atau diedar dalam apa-apa jua bentuk atau cara oleh anda tanpa mendapatkan kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada MyKasih.
  • MyKasih (termasuk pemegang amanahnya, pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya, wakil-wakilnya, kontraktor-kontraktor dan penyedia perkhidmatan MyKasih) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa dan semua kerugian dan/atau kerosakan yang anda hadapi atau tanggung akibat daripada operasi dan/atau maklumat yang terkandung di dalam Laman ini dan/atau penggunaan dan/atau ketidakupayaan untuk mengakses Laman ini (sama ada dalam kontrak, tort, dan/atau ekuiti, dan sama ada anda telah dinasihatkan atau tidak tentang kemungkinan kerosakan tersebut) termasuk tetapi tidak terhad kepada gerbang pembayaran yang anda gunakan untuk memproseskan apa-apa transaksi dan sebarang gangguan virus komputer atau perisian hasad, perisian iklan atau perisian pengintip.
  • MyKasih (termasuk pemegang amanahnya, pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya, wakil-wakilnya, kontraktor-kontraktor dan penyedia perkhidmatan MyKasih) tidak akan bertanggungjawab, terhadap sebarang kerosakan bersifat tidak langsung, khas, berbangkit atau sampingan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kehilangan keuntungan atau hasil, kos barangan gantian, kehilangan atau kerosakan data, yang ditimbul daripada atau berkaitan dengan pengunaan atau ketidakupayaan anda menggunakan Laman ini dan/atau sebarang kerugian atau kerosakan akibat daripada pergantungan kepada maklumat yang terkandung dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh MyKasih di Laman ini.
  • Anda bersetuju untuk mematuhi sebarang arahan pihak berkuasa dan akan mendedahkan semua maklumat yang diperlukan kepada kami pada bila-bila masa yang diperlukan untuk memenuhi arahan pihak berkuasa atau peruntukan undang-undang.
  • MyKasih berhak untuk menamatkan dan/atau menggantung akses anda ke atas Laman ini pada bila-bila masa, atas apa jua alasan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pelanggaran anda terhadap mana-mana terma dan syarat, peruntukan undang-undang, atau hak MyKasih, pengguna-pengguna lain dan/atau pihak ketiga. MyKasih selanjutnya berhak untuk mendapatkan semua remedi yang ada di bawah undang-undang dan dalam ekuiti untuk pelanggaran tersebut.
  • Terma-terma dan syarat-syarat akses ini ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar, menyelesaikan dan/atau menentukan sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan (termasuk sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan bukan berasaskan kontrak) yang timbul daripada atau berkaitan dengan terma-terma dan syarat-syarat ini.
  • Sekiranya mana-mana terma atau peruntukan yang dinyatakan di dalam ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa jua aspek di bawah undang-undang, keabsahan, kesahihan dan penguatkuasaan peruntukan atau terma-terma yang selebihnya tidak akan terjejas dalam apa jua cara dan akan kekal berkuatkuasa sepenuhnya.
  • Sebarang penepian yang diberikan oleh kami tidak akan menghalang kami daripada menguatkuasakan bahagian-bahagian yang lain di dalam terma-terma dan syarat-syarat ini dan ianya tidak akan terjejas oleh penepian tersebut, atau hak-hak lain atau memerlukan kami untuk memberikan penepian selanjutnya.
  • Terma-terma dan syarat-syarat ini tidak terhad kepada apa yang dinyatakan di sini. Kami mempunyai hak untuk menyemak, menambah, mengubah suai dan/atau memadam mana-mana terma dan/atau syarat termasuk dasar dan/atau prosedur operasi kami, pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlak kami, tanpa sebarang notis. Sebarang pertukaran ke atas terma-terma dan syarat-syarat ini akan berkuatkuasa sebaik ianya diterbitkan di Laman ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan semakan, penambahan dan/atau pindaan tersebut, sila berhenti mengakses dan/atau menggunakan Laman dan kegagalan anda berbuat demikian akan dianggap sebagai penerimaan/persetujuan anda terhadap semakan, penambahan dan/atau pindaan terma-terma dan syarat-syarat tersebut.
  • Terma-terma dan syarat-syarat ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dan/atau perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahsa Inggeris akan diutamakan.