Our Programmes

KASIH JOHOR

  1. Pengenalan
    1. Apakah itu KASIH JOHOR?

      KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan JUN 2021. Objektif KASIH JOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.
    2. Siapa yang layak menerima KASIH JOHOR?

      Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah) dan telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima KASIH JOHOR. 

      Penerima KASIH JOHOR yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.
    3. Adakah saya perlu memohon KASIH JOHOR?

      Anda tidak perlu memohon KASIH JOHOR. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.
    4. Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya tidak disenaraikan sebagai penerima KASIH JOHOR?

      Jika nama anda tidak tersenarai, nama anda berkemungkinan sedang berada di dalam senarai simpan atau menunggu. Nama anda akan terpilih sekiranya penerima sedia ada tidak membelanjakan KASIH JOHOR yang diterima ini.
    5. Bagaimana KASIH JOHOR dilaksanakan?

      Akaun penerima akan dibuka berdasarkan MyKad ke dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima baucer sebanyak RM 200 melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan. Pasaraya yang mengambil bahagian dalam KASIH JOHOR akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran KASIH JOHOR di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  2. Pembayaran
    1. Berapakah jumlah yang akan diterima oleh penerima KASIH JOHOR di bawah program ini?

      Penerima KASIH JOHOR akan menerima baucer barangan keperluan tanpa tunai sebanyak RM200 melalui akaun MyKad mereka dan sah untuk tempoh sehingga Disember 2021. 
    2. Bilakah elaun bantuan makanan akan disalurkan kepada penerima KASIH JOHOR?

      Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad dan berkuatkuasa setelah penerima menerima SMS daripada sistem.
    3. Di manakah boleh saya membeli barangan keperluan di bawah program ini? Apakah barangan keperluan yang boleh saya beli?

      Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai pasaraya terdekat untuk membeli keperluan asas. Satu pelekat/label MyKasih akan diletakkan di hadapan barangan tersebut. Kasih Johor mempunyai 100 rakan niaga di seluruh negeri termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
    4. Berapa lamakah tempoh penggunaan dana?

      Penerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.