Our Programmes

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 akan diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar mulai 17 Julai 2023.

Penerima yang layak dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus STR 2023.

Penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan secara automatik melalui Kad Pengenalan (MyKad) bagi tempoh 6 bulan mulai Julai hingga Disember 2023. Barangan makanan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan boleh dibeli menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penerima di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Pilih Barangan Keperluan Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
Imbas Kod Barangan Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
Bayar Menggunakan MyKad Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Simpan Resit Untuk Semakan Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

10 Kategori Makanan Yang Diluluskan

10 Kategori Makanan Yang Diluluskan