Penerima SARA di Sabah disaran bayar guna MyKad
09 Februari 2025 03:36pm

PENAMPANG – Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di negeri ini digalakkan untuk mengaplikasikan pembayaran menggunakan MyKad di premis terpilih selepas pelaksanaannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebelum ini pelaksanaan di Sabah dan Sarawak diberikan melalui tunai namun sumbangan tersebut mengambil tempoh yang lama untuk diserahkan kepada penerima.
“Beza Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan SARA, STR adalah pemberian sumbangan kerajaan melalui kaedah tunai yang dimasukkan ke dalam akaun penerima, manakala SARA pula fungsinya adalah untuk pembelian barangan keperluan asas.
“Jadi sebelum ini kerana masalah logistik dan isu berkaitan dengan mekanisme maka diberikan tunai juga.
“Tapi Alhamdulillah mulai tahun ini di Sabah dan Sarawak juga menggunakan terminal yang diberikan kepada pasar raya yang terlibat di mana pengguna boleh datang bawa MyKad dan membuat pembayaran selain boleh menyemak berapa baki yang ada,” katanya ketika meninjau Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di salah sebuah pasar raya di sini pada Ahad.
Jelasnya lagi, kaedah digunakan itu sebenarnya lebih mudah dan ia juga diperluaskan bukan sahaja di bandar tetapi juga di daerah lain.
“Pelaksanaannya di semua peringkat di Sabah namun butirannya boleh disemak di laman sesawang Kementerian Kewangan lokasi premis yang menyediakan kaedah SARA ini.
“Saya juga mengalu-alukan premis perniagaan yang ingin menyertai program ini bolehlah memohon kepada Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat dapat memanfaatkan pembelian barangan keperluan sumbangan kerajaan ini,” katanya.
Penggunaan MyKad untuk SARA meluas, Kelantan dan Perlis tertinggi
Oleh Fahmy A Rosli – Februari 6, 2025 @ 12:02pm
fahmy.azril@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menerima bantuan melalui MyKad tidak berdepan sebarang masalah untuk membelanjakan wang diterima menggunakan kaedah itu.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata ia berdasarkan trend perbelanjaan 700,000 penerima SARA dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih yang menerima bantuan itu pada 15 Januari lalu.
“Penggunaan MyKad untuk SARA telah meluas pada tahun lalu. Kita nampak penggunaan lebih 90 peratus di kebanyakan negeri. Kita rasa tidak ada isu.
“Melihat kepada prestasi pelaksanaan program SARA pada 2024 yang turut melibatkan kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia, kadar penggunaan tertinggi telah dicatatkan di Kelantan dan Perlis dengan 97 peratus tuntutan.
“Disusuli Terengganu dan Kedah dengan 95 peratus tuntutan melalui penggunaan MyKad dalam pembelian di lebih 700 buah kedai runcit terlibat,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Setakat 5 Februari lalu, Amir Hamzah berkata lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA kategori miskin dan miskin tegar bagi pembelian barangan keperluan asas di lebih 1,600 pasar raya dan kedai runcit terlibat.
Melihat kelancaran itu, beliau berkata kerajaan bercadang untuk menambah lebih banyak kedai runcit dan pasar raya untuk memberi lebih kesenangan kepada penerima bantuan berkenaan.
“Apa yang kerajaan lakukan adalah untuk menambah kedai dan pasar raya yang boleh menggunakan (MyKad) ini agar menyenangkan penerima sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) yang meminta kerajaan menyatakan sejauh mana pendekatan kerajaan dalam memperluaskan program SARA dengan menyalurkan bantuan melalui MyKAd untuk tahun ini agar lebih optimum dan berkesan berbanding kaedah pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai.
Menjawab soalan mengenai perluasan SARA melalui MyKad di Sabah dan Sarawak, Amir Hamzah berkata ketika ini terdapat 210,000 penerima SARA di kedua-dua negeri berkenaan, masing-masing 110,000 di Sabah dan 100,000 di Sarawak.
Setakat 5 Februari lalu, beliau berkata sebanyak 82 peratus penerima isi rumah di Sabah dan 78 peratus penerima isi rumah di Sarawak mula membuat perbelanjaan sejak 15 Januari lalu.
Ia membabitkan lebih 560 buah kedai runcit berdaftar di Sabah dan Sarawak termasuk di kawasan pedalaman.
Tiga Murid Orang Asli Juara IRO
More than 112,000 people in Sabah receive SARA
Penerima SARA bersyukur bantuan ringankan beban belanja bulanan
MyKasih Set Up Counter To Educate SARA Recipients at Econsave
Rural folks grateful for SARA financial aid
Bayaran STR Fasa 1 bermula esok
KUALA LUMPUR – Bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Pertama akan disalurkan secara berperingkat kepada hampir sembilan juta penerima berdaftar, bermula esok.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bayaran itu akan dikreditkan ke dalam bank akaun mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bermula pada minggu lalu akan memanfaatkan hampir sembilan juta pengguna atau 60 peratus daripada penduduk dewasa.
Menteri Kewangan itu memberitahu, kerajaan telah menaikkan kadar maksmimum untuk isi rumah sebanyak 25 peratus kepada RM4,600, berbanding RM3,700 tahun lalu.
Manakala kadar minimum bagi golongan bujang turut dilonjakkan kepada RM600 daripada RM500 tahun lalu, kenaikan sebanyak 20 peratus.
Peruntukan yang digunakan untuk STR adalah sebanyak RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion pada 2024.
Permohonan baharu dan kemas kini bagi STR akan dibuka sepanjang tahun di Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my, untuk membolehkan verifikasi dilakukan mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Source : MalaysiaGazette
Rahmah Cash Aid Phase 1 2025 To Begin On Jan 22
The government will commence the payments for Phase 1 of the Sumbangan Tunai Rahmah (STR) on Jan 22, 2025, to nearly nine million recipients.
With an increased allocation of RM2.3 billion, this initiative is part of the Madani government’s commitment to assist the recipients, or 60% of the adult population, in coping with the rising living costs. The maximum household rate has been raised to RM4,600, an increase of nearly 25% from RM3,700 in 2024. Single individuals will also benefit, with the minimum rate increasing to RM600 compared to RM500 last year.
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is also the Finance Minister, stated that this increase reflects the government’s dedication to improving the welfare of the people despite the challenges posed by rising living expenses.
The payments for the STR will be disbursed in stages through bank account credits or cash payments via Bank Simpanan Nasional based on the eligibility categories of recipients.
New applications and updates for STR can be submitted throughout the year via the official STR portal.
Source : Business Today