Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan semalam, penerima sifatkan `rezeki Syawal’
KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lepas, dikreditkan kepada penerima yang layak semalam disifatkan sebagai ‘rezeki Syawal’.
Pada ketika umat Islam masih dalam ‘mood’ meraikan Aidilfitri, seorang penerima warga emas daripada KELANTAN Rosli Abd Ghani, 64, menyifatkan bantuan yang dikreditkan pada hari kedua sambutan perayaan berkenaan bagaikan durian runtuh.
“Alhamdulillah, ini kali pertama saya terima bantuan SARA dan rezeki yang diperoleh ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian saya sekeluarga, termasuklah digunakan untuk musim perayaan Aidilfitri seperti membeli barangan keperluan harian dan biskut raya,” katanya.
Sementara itu, di TERENGGANU penerima SARA Zakaria Awang, 49, berkata bantuan itu dapat meringankan bebanan kewangannya yang telah banyak mengeluarkan perbelanjaan sempena sambutan Aidilfitri.
Penerima SARA dari MELAKA, Raziah Ismail, 32 pula menganggap bantuan yang diterimanya pada bulan Syawal itu sebagai rezeki terpijak yang amat melegakannya dalam menguruskan perbelanjaan harian.
“Sebagai suri rumah dengan empat anak yang bersekolah, nilai RM200 itu amat besar untuk ringankan beban perbelanjaan harian seperti membeli minyak masak dan telur,” katanya.
Rata-rata penerima juga menyifatkan jumlah bantuan SARA yang meningkat sebanyak 75 peratus tahun ini berbanding 2024, amat membantu mereka menampung perbelanjaan harian serta kos persekolahan anak-anak.
Di PAHANG, Mohd Badrul Rizaman Jusoh, 42, berkata inisiatif SARA memberi manfaat besar bagi ketua keluarga sepertinya terutama dalam menampung perbelanjaan persekolahan empat anak berusia antara 7 hingga 16 tahun.
“RM100 yang diterima juga akan digunakan untuk membeli minyak dan beras kerana itu keperluan utama keluarga kami yang mana setiap bulan hampir RM100 saya belanjakan untuk membeli barang asas berkenaan,” katanya.
Di PULAU PINANG, seorang penerima Mohd Hasbibollah Abdul, 48, berkata bantuan SARA diterimanya itu sedikit sebanyak meringankan beban apabila dapat membeli barang keperluan asas seperti beras, minyak masak dan tepung.
Suri rumah dari PERLIS, Robedah Nayan, 38, juga gembira dengan peningkatan bantuan kepada RM200 sebulan berbanding RM100 sebelum ini sekali gus meringankan kos perbelanjaan keluarga ditampung suaminya yang bekerja sebadai pemandu lori.
Di SARAWAK, Minjon Pawang, 67, yang menerima bantuan SARA sejak April tahun lepas berkata bantuan diterimanya itu sangat bermakna dalam membantu meringankan beban perbelanjaan diri sendiri sejak kematian suami pada 2022.
Penerima bantuan SARA di SABAH Frankey Geoffery, 50, pula menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI yang sangat prihatin membantu rakyat, khususnya golongan memerlukan.
Kementerian Kewangan pada 26 Mac lepas mengumumkan peluasan pelaksanaan SARA kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata peluasan itu sebahagian daripada peningkatan peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA kepada RM13 bilion pada tahun ini, jumlah tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan tunai kerajaan kepada rakyat.
Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 3,500 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada 2024.
Selain makanan asas, kredit SARA juga boleh digunakan untuk membeli barangan kebersihan diri, ubat-ubatan serta peralatan persekolahan.
– BERNAMA
SARA bukti keprihatinan kerajaan, penerima luah rasa syukur

JASIN, 1 April-Peluasan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta penerima bermula hari ini memberi kelegaan kepada golongan B40 khasnya dalam mendepani peningkatan kos sara hidup.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan usaha itu menunjukkan keprihatinan Kerajaan Madani berhubung kesempitan hidup rakyat.
“Saya ingin ucapkan terima kaih kepada kerajaan kerana memperluaskan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada seluruh rakyat.
“Meskipun ada pihak yang memperlekeh inisiatif ini, bagi saya RM100 ini sangat membantu golongan memerlukan”, jelasnya ketika ditemui RTM di sini.
Sementara itu, penerima SARA, Mohd Faid Ariffi menyifatkan bantuan berkenaan mampu mengurangkan beban dalam pembelian barangan dapur.
“Alhamdulilah, Inisiatif SARA membantu khususnya dalam pembelian barangan dapur.
“Dan ia amat membantu ketika gaji semakin susut”, katanya.
Bagi Haliza Mahat pula, inisiatif SARA mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarganya lantaran suaminya yang tidak bekerja disebabkan uzur.
“Rasa gembira kerana SARA membantu keluarga memandangkan suami saya tidak lagi bekerja dan uzur.Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan beban”, jelasnya,
Terdahulu, Kerajaan MADANI mengumumkan peluasan pelaksanaan SARA kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.
Kementerian Kewangan memaklumkan penerima yang layak akan menerima bantuan sehingga RM2,100, meningkat sebanyak 75 peratus berbanding RM1,200 pada 2024.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SARA merupakan pendekatan bantuan secara bersasar, dengan sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Menteri Kewangan itu berkata penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana kaedah tersebut memastikan golongan sasar menerima manfaatnya dalam bentuk barangan asas.
SARA Credited Today, Recipients Describe It As Early Syawal Windfall

KUALA LUMPUR, April 1 (Bernama) — The increase in the amount of Sumbangan Asas Rahmah (SARA) assistance to RM2,100 compared to RM1,200 last year that was credited to eligible recipients today, is described as ‘Syawal gift’.
KUALA LUMPUR, April 1 (Bernama) — The increase in the amount of Sumbangan Asas Rahmah (SARA) assistance to RM2,100 compared to RM1,200 last year that was credited to eligible recipients today, is described as ‘Syawal gift’. At a time when Muslims are still in the mood to celebrate Aidilfitri, a senior citizen recipient from KELANTAN, Rosli Abd Ghani, 64, described the assistance credited on the second day of the festival as a windfall.
“Alhamdulillah, this is the first time I have received SARA assistance and the assistance will help cover my family’s daily expenses, including being used for the Aidilfitri festive season such as buying daily necessities and Raya biscuits,” he said.
Meanwhile, in TERENGGANU, SARA recipient Zakaria Awang, 49, said the assistance would ease his financial burden as he has spent a lot of money in conjunction with the Aidilfitri celebration.
SARA recipient from MELAKA, Raziah Ismail, 32, considers the assistance she received in the month of Syawal as a stepping stone that greatly relieves her in managing her daily expenses.
“As a housewife with four children in school, the value of RM200 is a big sum to ease the burden of daily expenses such as buying cooking oil and eggs,” she said.
On average, recipients also described the amount of SARA assistance, which increased by 75 per cent this year compared to 2024, as greatly helping them cover daily expenses as well as their children’s schooling costs.
In PAHANG, Mohd Badrul Rizaman Jusoh, 42, said the SARA initiative has provided great benefits for heads of families like him, especially in covering the schooling expenses of four children aged between 7 and 16.
“The RM100 received will also be used to buy oil and rice because these are the main needs of our family, which is why I spend almost RM100 every month to buy these basic items,” he said.
In PENANG, recipient Mohd Hasbibollah Abdul, 48, said that the SARA assistance he received has somewhat eased the burden when he can buy basic necessities such as rice, cooking oil and flour.
A housewife from PERLIS, Robedah Nayan, 38, is also happy with the increase in assistance to RM200 a month compared to RM100 previously, thus easing the cost of family expenses borne by her husband, a lorry driver.
In SARAWAK, Minjon Pawang, 67, who has been receiving SARA assistance since April last year, said the assistance she received was very meaningful in helping ease the burden of personal expenses since the death of her husband in 2022.
SARA assistance recipient in SABAH Frankey Geoffery, 50, also expressed his appreciation to the MADANI Government, which he said was very concerned about helping the people, especially the needy.
The Ministry of Finance on March 26 announced the expansion of the implementation of SARA to 5.4 million recipients starting April 1, an increase of almost eight times compared to the existing 700,000 recipients.
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is also the Minister of Finance, said the expansion was part of the increase in the allocation for Sumbang Tunai Rahmah (STR) and SARA programmes to RM13 billion this year, the highest amount in the history of government cash assistance to the people.
Under the SARA programme, recipients can purchase selected basic necessities using their MyKad at registered retail outlets, which currently number over 3,500 nationwide, compared to 700 in 2024.
Apart from basic food, SARA credit can also be used to purchase personal hygiene items, medicines and school supplies.
— BERNAMA
Nearly 500,000 people in Sabah receive SARA aid, ranking first in the country
Sabah catat jumlah penerima tertinggi program SARA
KOTA KINABALU – Sabah mencatatkan jumlah penerima tertinggi bagi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di bawah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup khususnya di negeri ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Sabah mencatat seramai 497,815 penerima dengan jumlah peruntukan sebanyak RM492.64 juta.
Menurutnya, ikhtiar kos sara hidup yang dilaksanakan kerajaan terus diperkukuh menerusi pelbagai strategi dan pendekatan termasuk melalui pemberian bantuan tunai kepada golongan sasar.
“Bermula April ini, kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan SARA kepada 5.4 juta penerima berbanding 700,000 penerima sebelumnya.
“Kadar bantuan bulanan SARA turut dinaikkan kepada sehingga RM200 mengikut kategori berbanding hanya RM100 sebulan sebelum ini dan daripada jumlah keseluruhan penerima, Sabah mencatatkan angka penerima bantuan tertinggi iaitu seramai 497,815 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM492,636,150,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Rahmah sempena Bazar Syawal di kawasan tempat letak kenderaan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, sebagai usaha untuk menambah baik kaedah penyaluran bantuan, kerajaan telah memperkenalkan penggunaan MyKad sebagai medium pembayaran bagi penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan.
“Ini merupakan penambahbaikan berbanding tahun lalu yang menggunakan saluran tunai dua kali setahun. Kini, penerima boleh menggunakan kredit yang disalurkan menerusi MyKad untuk membeli keperluan asas di premis terpilih.
“Sebagai permulaan, sebanyak 424 rakan niaga termasuk pasar raya dan kedai runcit terpilih di Sabah akan menyertai program ini.
“Penerima SARA boleh membeli 13 kategori barang keperluan termasuk makanan asas, produk kebersihan diri, ubat-ubatan serta peralatan persekolahan,” jelasnya.
Ujar beliau lagi, kerajaan turut memperkukuhkan langkah menangani kos sara hidup rakyat dengan memperuntukkan RM13 bilion bagi inisiatif SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025, meningkat RM3 bilion berbanding tahun sebelumnya.
“Inisiatif ini diharap dapat memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya di Sabah yang merupakan penerima tertinggi bantuan ini.
“Kerajaan komited untuk memastikan bantuan yang diberikan adalah bersasar, pantas dan fleksibel mengikut keperluan rakyat,” katanya.
Sara expansion brings relief to struggling families

KUALA LUMPUR: The expansion of the Sumbangan Asas Rahmah (SARA) programme, which will reach 5.4 million recipients starting April 1, offers crucial support to Malaysia’s B40 group as they grapple with rising living costs.
Previously distributed twice a year, SARA cash aid will now be credited monthly into recipients’ MyKad accounts, to be used for essential goods until Dec 31. The programme’s increase in financial assistance has been welcomed by many.
In SELANGOR, 58-year-old single mother Kamsiah Mat Ali who supports two children in university, described the expanded aid as a lifesaver.
“I’ve used the money for necessities like rice, sardines, soap and toothpaste. Now, with the increase, I can buy more essentials and save for my children’s education,” she said.
Similarly, in KEDAH, 44-year-old self-employed Osman Saad of Ayer Hitam expressed gratitude for the government’s recognition of the struggles faced by the working class.
“It’s been incredibly helpful, especially since I’m an odd job worker and live on a modest income,” he said.
Nor Asmawati Shamsudin, 32, a food stall worker from Gurun also voiced her appreciation, noting that while the amount may seem small to some, it makes a significant difference to her family’s daily expenses.
The Finance Ministry confirmed that eligible recipients will now receive up to RM2,100, a 75 per cent increase from RM1,200 last year.
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is also the Finance Minister, explained that the programme is a targeted approach, redistributing part of the nation’s increased revenue and savings from subsidies to those most in need.
To ensure the aid is spent on essentials, SARA will be distributed via MyKad.
In SARAWAK, academician Prof Datuk Dr Jayum Jawan, a Fellow of the Academy of Sciences Malaysia, commended the system, calling it an effective way to prevent misuse.
More than 1,200 registered retail stores nationwide will accept MyKad payments for selected goods, a sharp increase from the 700 stores in 2024. – BERNAMA