SARA diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April, kadar bantuan cecah RM2,100 tahun ini

Penyaluran SARA pada 2025

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 orang sedia ada, bermula 1 April ini.

Malah, penerima yang layak akan memperoleh bantuan SARA hingga RM2,100 secara keseluruhan tahun ini, meningkat 75 peratus berbanding RM1,200 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu akan dikreditkan secara bulanan ke MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya, peluasan itu adalah sebahagian daripada peningkatan peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA kepada RM13 bilion pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa jumlah itu adalah yang tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan tunai oleh kerajaan kepada rakyat.

“SARA adalah pendekatan bantuan secara bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi, diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana kaedah itu memastikan golongan sasar menerima manfaat dalam bentuk barangan asas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar berkata, 5.4 juta penerima berkenaan termasuk 700,000 penerima SARA sedia ada dalam rekod eKasih yang memperoleh bantuan itu sejak Januari lalu.

Mulai 1 April ini, beliau berkata, mereka akan menerima bantuan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan untuk golongan warga emas tiada pasangan dan RM100 sebulan bagi isi rumah.

“Selain itu, jumlah berkenaan juga terdiri daripada 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih.

“Bermula 1 April ini, mereka akan menerima bantuan baharu SARA sebanyak RM50 sebulan bagi golongan warga emas tiada pasangan dan RM100 sebulan untuk isi rumah.

“Mulai tahun ini, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan berbanding hanya di negeri Semenanjung pada tahun lalu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kaedah pelaksanaan seragam itu adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bawah program SARA, beliau berkata, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan MyKad di kedai runcit berdaftar yang berjumlah lebih 3,500 buah di seluruh negara kini berbanding 700 pada tahun lalu.

“Penerima SARA boleh menggunakan kredit disalurkan itu untuk membeli barangan keperluan asas terpilih bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain barangan makanan asas,” katanya.

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my, manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk di https://www.mykasih.com.my.

SARA: PENERIMA BAHARU TIDAK SABAR NANTIKAN BANTUAN UNTUK SAMBUTAN AIDILFITRI

IPOH, 26 Mac (Bernama) — Pengumuman penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada 1 April ini membawa kelegaan kepada golongan B40, khususnya IPOH, 26 Mac (Bernama) — Pengumuman penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada 1 April ini membawa kelegaan kepada golongan B40, khususnya penerima baharu yang tidak sabar-sabar memanfaatkannya bagi menguruskan perbelanjaan harian dan sambutan Aidilfitri.

Bagi Intan Suraya Mohd Noordin, 50, yang merupakan penerima baharu SARA menyifatkan bantuan itu sebagai kelegaan besar buatnya dalam mengurangkan beban perbelanjaan bersama anak tunggalnya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana tersenarai sebagai penerima dan bantuan tambahan ini bolehlah tampung untuk beli barang keperluan asas untuk hari raya,” katanya ketika ditemui Bernama di sebuah pasar raya di Tambun hari ini.

Ibu tunggal itu yang sebelum ini merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut memuji pendekatan kerajaan untuk menyalurkan bantuan SARA secara automatik ke dalam MyKad yang disifatkan lebih selamat serta memastikan hanya penerima yang layak boleh menggunakannya.

Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan peluasan pelaksanaan SARA kepada 5.4 juta penerima bermula pada 1 April, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.

Penerima yang layak akan menerima bantuan hingga RM2,100, meningkat sebanyak 75 peratus berbanding RM1,200 pada 2024.

Peluasan ini adalah sebahagian daripada peningkatan peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA kepada RM13 bilion pada tahun ini, jumlah tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan tunai kerajaan kepada rakyat.

Selain itu, sebanyak 4.7 juta penerima STR yang tidak tersenarai dalam eKasih akan menerima bantuan baharu SARA sebanyak RM50 sebulan bagi warga emas tiada pasangan dan RM100 sebulan untuk isi rumah bermula pada 1 April.

Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh Shahrulnaim Salim, 28, yang juga penerima baharu bagi sumbangan SARA, berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

“Dengan bantuan ini nanti dapatlah tampung perbelanjaan barangan dapur, tambahan pula dalam tempoh sambutan hari raya ia memang sangat diperlukan, perasaan saya tentulah seronok dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga,” kata bapa yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Sementara itu, Kamarudin Abu Kasim, 69, bekas Pembantu Perawatan Kesihatan, berkata dia terkejut apabila mendapati layak untuk menerima bantuan SARA tahun ini.

“Saya pesara berpencen … sebelum ini, saya hanya terima bantuan STR … tetapi tahun ini saya terkejut apabila nama saya tersenarai untuk memperoleh bantuan SARA,” katanya ketika ditemui selepas mencuba untuk membuat pembayaran menggunakan Mykad, namun tertera bantuan itu akan diberikan bermula pada bulan depan.

Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 di seluruh negara berbanding 700 kedai pada 2024.

Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan selain barang makanan asas.

— BERNAMA.

Peluasan bantuan SARA beri manfaat besar kepada rakyat – Fahmi

PUTRAJAYA, 26 Mac — Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini. –foto BERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 26 Mac- Peluasan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta orang bermula 1 April ini memberi manfaat besar kepada rakyat sekali gus membantu penerima membeli barangan makanan dan keperluan asas.

Pada sidang media mingguan di sini hari ini, Jurucakap Kerajaan MADANI yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata jumlah yang akan diterima ialah antara RM50 hingga RM200 sebulan bagi tempoh yang telah dinyatakan.

“Kita boleh muat turun soalan lazim yang telah disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang turut mengandungi kesemua 3,500 premis yang boleh dilawati untuk membuat pembelian menggunakan MyKad di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata SARA yang dikreditkan secara bulanan dalam MyKad boleh digunakan hingga 31 Disember ini.

“Ia adalah untuk kegunaan membeli barang-barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat dan peralatan persekolahan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan MADANI mengumumkan peluasan pelaksanaan SARA kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima yang layak akan menerima bantuan sehingga RM2,100, meningkat sebanyak 75 peratus berbanding RM1,200 pada 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SARA merupakan pendekatan bantuan secara bersasar, dengan sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Menteri Kewangan itu berkata penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana kaedah tersebut memastikan golongan sasar menerima manfaatnya dalam bentuk barangan asas. -BERNAMA

Hope Amidst Hardship: Gov’t AidSustains Terengganu Family’sFight

General>News

KUALA TERENGGANU, Feb 22 (Bernama) — Mohd Khairul Aswal Ngah enjoyed a comfortable life as an entrepreneur supplying office equipment but unexpected challenges arose, destroying everything he had built and testing his family’s resilience.

In 2020, the family faced a major challenge when their youngest son, Sulaiman Akif, was diagnosed with chronic kidney disease at just one month old. The COVID-19 pandemic and the Movement Control Order (MCO) added to the family’s difficulties that same year.
The situation left their lives in turmoil as his business and his wife, Rohidayah Mohamad, 45, had to shut down her catering and pastry business.

Things became even more challenging when his wife was diagnosed with stage five kidney disease in July last year, requiring regular dialysis treatment.

Mohd Khairul Aswal now dedicates most of his time to caring for his family while working as a house-to-house electrical appliance repairman, earning some RM600 monthly.

Due to a lack of stable income, Mohd Khairul Aswal was forced to make tough decisions, selling his vehicles and business equipment one by one to afford medical treatments for his wife and son.

“My wife’s treatment costs about RM600 per month. In addition to that, Sulaiman Akif’s expenses total nearly RM800, which includes medication, milk, and diapers. I also have to consider the school expenses for my eldest son, Muhammad Aniq Haikal, who is 12years old,” he shared with Bernama when met at his home in Manir, Kuala Terengganu.

Now, a motorcycle is their only mode of transportation to Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) for treatment. Braving the rain and heat during these trips, Mohd Khairul Aswal is always anxious that his wife or son might suddenly become ill while on the road.

“My wife needs to visit the hospital three times a month, and my son goes twice a month. When we are desperate, I use e-hailing services, but I can’t do it often because we can’t afford it,” he said sadly.
Despite facing such challenges, Mohd Khairul Aswal is thankful for the various government aid he has received. These include the Sumbangan Tunai Rahmah (STR), which he started receiving last year, the Bantuan Awal Persekolahan (BAP) for his son, Muhammad Aniq Haikal, and the Sumbangan Asas Rahmah (SARA), which he will receive from this year.

He said the STR, received in phases – including RM500 on Jan 21 – is used to cover medical expenses for both his wife and son, as well as to purchase groceries.

Similarly, the SARA aid he began receiving this year also alleviates his financial burden, especially since the aid amount has increased to RM2,100 this year from RM1,200.

Mohd Khairul Aswal also shared the challenge of managing Sulaiman Akif’s diet, as his medication has increased his appetite.

“Sulaiman sometimes asks for food as early as 3 am, so we always need enough supplies at home. We must ensure that we have atleast rice or bread on hand. Thanks to STR and SARA, Insya Allah, we won’t run out of food supplies,” he said with a smile.

The BAP aid is a blessing for Muhammad Aniq Haikal, as it helps cover the increasing costs of school supplies.

“Muhammad Aniq Haikal loves sports, particularly football and athletics. Whenever the BAP aid is deposited, I purchase two pairs of track pants for him for the entire year, along with school uniforms and books,” Mohd Khairul Aswal said.

He added that the various aid received has been a beacon of hope for his family.
— BERNAMA